SEKAPUR SIRIH

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera serta SALAM SABAH MAJU JAYA

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah rahmat dan izin-Nya jua, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah diberikan mandat rakyat untuk memimpin negeri Sabah yang tercinta. Saya dengan rendah diri berterima kasih kepada semua rakyat Sabah. Saya percaya tugas sebagai Ketua Menteri Sabah bukanlah satu tugas yang mudah namun saya yakin dengan kerjasama semua pihak, tugas ini dapat saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab, berkomitmen dan beramanah. Insyallah.

Adalah menjadi impian setiap rakyat Malaysia di negeri ini untuk hidup dengan Makmur, Aman dan Damai. Dan impian ini juga merupakan intipati dan perjuangan kerajaan GRS. Saya bersama dengan kepimpinan GRS akan terus memperjuangkan hak rakyat dan negeri Sabah, disamping memastikan pembangunan ekonomi yang mapan, pembentukan masyarakat Sabah yang Bersatu , berpendidikan , berkemahiran dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar.

Laman web ini memaparkan perjuangan saya dan kerajaan GRS, program dan aktiviti bersama rakyat Sabah serta halatuju negeri Sabah yang tercinta. Mari bersama-sama saya membina masa hadapan yang cerah untuk anak-anak kita dan generasi akan datang.

Sampai berjumpa lagi, Salam Hormat dan Salam SABAH MAJU JAYA

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
Ketua Menteri / Menteri Kewangan

MEDIA SOSIAL