YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor
KETUA MENTERI SABAH
Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor dilahirkan di Kampung Serusup, Tuaran, Sabah pada 10 Mei 1955, anak kedua daripada tiga orang adik beradik kepada pasangan Haji Mohd Noor Harun dan Hajah Teruyah Omar. Ayah beliau merupakan seorang petani dan nelayan bermusim.
Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor telah berkahwin dengan Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag dan telah dikurniakan lima orang anak.