TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag pada Ahad (20 Disember 2020) menyampaikan sumbangan Krismas kepada masyarakat KadazanDusunMurut (KDM) kawasan Sulaman di perkarangan Tembara Ku, Kampung Serusup, Tuaran.

Seramai 154 orang terdiri daripada golongan yang memerlukan iaitu warga emas, uzur, ibu tunggal dan anak-anak yatim menerima sumbangan berupa bakul makanan di majlis itu.

Hajiji yang juga Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berharap dengan sumbangan itu dapat membantu golongan tersebut dalam menyambut kedatangan Hari Krismas.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Encik Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Encik Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Encik Mohd Sufian Alfian Nair, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulaman, Haji Murni Haji Lamsari, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Madiyem Layapan dan Penyelaras program sumbangan Krismas, Encik Peter Lintar. Tamat